powered by: madihah adnan.azrin syahida.nur aimi.nik ainaa syakirah.siti hanisah

Saturday, October 23, 2010

Exam Fever!

Assalamualaikum, ahlan wasahlan, annyong haseyong, youkoso, welcome dan welkommen.


"Say thank you to Mr Weekend. We are having great time. Papai. Tata.
Good boy don't cry." pesan seorang ibu.

"Pertama-tama, terima kasih diucapkan buat masa yang telah pergi kerana memberi kami yang ingin menduduki peperiksaan ini peluang yang cukup berharga untuk menelaah pelajaran dan membuat rujukan secukupnya(?)" ehem, kata- kata aluan. Cakap-cakap.

"Awak dah ready?
Lusa kita nak berjuang ni.
Susah-payah kita selama dua tahun.
*Bukan tiga lagi.
*Belum sampai tiga.
Titik peluh kita dan cikgu.
Bermula dekat hari tu dan berikutnya.
Sebelum kelahiran jati 96.
Menuju ke perang yang lebih besar.
Tak payah sebut semua orang dah tahu.
Kita mangsa seterusnya yang akan diserang.
Oleh virus PMR!
Cepat cari penawar!"

"Awak tolong saya!"

DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP


Ingat pesan cikgu-cikgu, jaga kesihatan, jaga pemakanan. Dah studi hard tu, jangan sampai sakit pula.

Yang paling penting, lepas berusaha, gunakan senjata kita.
Apa senjata kita?
Pisau? Rotan? Pistol? Kayu? M-16?
Bukan lah, itu apa....
Senjata mukmin yang paling berharga ialah
DOA.

Dan jangan meniru. Sia-sia je kalau meniru, penat belajar, last-last meniru jugak. Tak amanah namanya tu.


Awas! Jangan biarkan otak anda meletup!
Pssst, perkara paling selalu berlaku dan hampir berlaku pada empunya badan.
Ramai kawan-kawan yang mengadu terkena penyakit otak sedang bergelegak mahu meletup.

Saya petik ayat seorang kawan sekelas di laman Facebook:

"when we are feeling stressed and about to break down, just remember: stressed is just dessert spelled backwards. so exam are just a piece of cake(?) insyaallah. insyaallah we are hapyy studying..."


Terbaik buat semua! Jaya eu! Ganbatte!

p/s: jangan meniru okay. dan jangan bercakap, ketuk-ketuk meja, hentak-hentak kaki, tepuk-tepuk tangan, gendang-gendang, psssssst. no way!


Friday, October 15, 2010

Ada apa dengan kelas?

Assalamualaikum, ahlan wasahlan, annyong haseyo, dan willkommen.
Semoga anda sekalian sihat walafiat di bawah lembayung rahmatNya.
Ehem, ehem. 

Pertama sekali, apakah respon anda bila terbaca tentang benda yang dah terang terang terpampang kat atas tu?  Apa respon anda? Sila jawab dalam masa 1 minit. Eh, 30 saat. Eh, tak tak, 3 saat cukup.

1...
2...
3...
Tut...

Masa menjawab sudah tamat. Sila kembalikan otak anda pada kedudukan asal. Tak usah pusing-pusing lagi.

Dah?
Otak dah okay balik?
Kalau tak okay cakap.
Bagus. 

Okay, bila anda terlihat atau terdengar perkataan keramat ini (keramat ke?) majoriti anda akan terbayang cikgunya, kawannya, puteranya, puterinya, kerja sekolahnya yang tak siap (ldah asyik bertangguh, mana nak siap!), keceriaannya yang tak siap lagi, sampahnya yang jadi hiasan kat lantai, langsirnya yang terburai-burai macam scallop tapi tak jadi, kebisingan kelasnya yang mencapai tahap 20 000 hertz dan macam-macam lagi.

Mungkin, ada juga otak nakal yang terfikir betapa lecehnya, mengantuknya, penatnya, letihnya, tersengguk-sengguknya, bosannya, berada di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar. Ini memang perkara yang nampak macam biasa bagi kita. Tapi sebenarnya, ia sangat sangat sangat, luar biasa. Luar biasa yang lebih luar daripada luar biasa yang biasa kita sebut.

Tapi kita kena ingat, mesti ingat dan set dalam mind, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. 
Betulkan niat kita sebelum pergi ke sekolah. Niatkan kita belajar kerana Allah dan sentiasa berazam untuk bantu umat Islam yang semakin dintindas di dunia. Tanamkan dan jaga niat baik kita tu elok-elok dan suburkan ia setiap pagi.  Jadikan hari ni lebih baik dari semalam supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang celaka dan dicelakai.

Jaga adab kita walau dekat mana kita berada. Berapa langkah pun yang kita aturkan pun jangan lupa yang kita masih seorang Islam. Lebih-lebih lagi bila ada dalam kelas, jaga adab elok-elok dalam semua perkara. Dalam tu ada dua jantina yang berbeza. Bercakap, berjalan, belajar, berbincang, bertugas dan macam-macam hal lagi.

Dalam kelas, kita belajar secara formal. Belajar untuk menjadi orang yang berguna di masa hadapan.

 Ambil input daripada apa yang cikgu sampaikan. Jangan buatkan kita menyesal pada masa depan kelak. Pandang, dengar, hayati dan cuba gambarkan. Jangan peduli apa yang rakan anda ingin sampaikan pada detik itu. Latih diri untuk mencatit perkara penting yang disampaikan guru. Sediakan satu buku nota khas supaya senang dirujuk. Jika mengantuk, segera ingat niat kita atau mungkin anda boleh minta kawan cubitkan, minum air kosong atau tampar-tamparlah diri-sendiri walaupun nampak macam pelik. Biarkan yang pelik itu, siapa tahu yang pelik itu boleh bertukar kepada kecemerlangan satu hari nanti?

Apa-apa pun, jangan syok sendiri syahid dalam kelas. Siap berdengkur lagi. Buat irama apa pun tak tahu lah.

Ingat, kelas tempat kita menuntut ilmu! Pastikan tiada sampah serta cebisan kertas yang sedang kembang hidung bangga menjadi hiasan lantai. Patuhi jadual tugasan. Penat orang yang buat jadual tu. Dia buat cantik-cantik, kita buat-buat buta pula. Hargai dan tunaikanlah amanah anda. Amanah perkara yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. 

Jangan pernah tak ambil tahu subjek subjek yang ringan. Setiap subjek yang kita belajar pasti ada perkara yang kita perlu tahu. Kalau tak, buat apa kerajaan susah susah nak masukkan dalam silibus? Kan, kan, kan?

 Ilmu yang sedikit boleh memberi kejayaan yang sangat besar sekiranya seseorang itu bijak memanfaatkannya.

p/s: lihat apa yang diajar, bukan siapa yang mengajar!

Saturday, October 2, 2010

Mengumpat,Dengki, dan Sombong ~ (mesti dijauhkan!!!)

Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAHterhadapnya.

Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah, hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu. Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri.

Firman ALLAH yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilahlarangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.- Al-Hujurat:12

Jom Solat!


"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103) 


Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

Solat adalah tanda kesyukuran.

Ibadat solat menghapuskan dosa.

Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Solat dapat menenteramkan jiwa.


Friday, October 1, 2010

Baitul Maqdis (Mu'adz Amrullah)

Happy.0.meter ! (don't be sad, we have Allah !)

DORONGAN UNTUK BERTAHAN WALAU DI MANA KITA BERADA

Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha

ketika kau sudah menangis sekian lama namun hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan terasa waktu berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersamamu

ketika kau berasa bersendirian sedang temanmu sedang sibuk
Allah selalu berada di sampingmu

ketika kau berfikir kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahuberbuat apa lagi
Allah punya jawapannya

ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu

ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau ingin mengucap syukur...
Allah tengah memberkatimu

ketika sesuatu yang indah terjadi dan akan dipenuhi dengan ketakjuban...
Allah telah tersenyum kepadamu

ketika kau memiliku tujuan untuk dipenuhi dan mimpi yang digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggil namamu