powered by: madihah adnan.azrin syahida.nur aimi.nik ainaa syakirah.siti hanisah

Friday, October 15, 2010

Ada apa dengan kelas?

Assalamualaikum, ahlan wasahlan, annyong haseyo, dan willkommen.
Semoga anda sekalian sihat walafiat di bawah lembayung rahmatNya.
Ehem, ehem. 

Pertama sekali, apakah respon anda bila terbaca tentang benda yang dah terang terang terpampang kat atas tu?  Apa respon anda? Sila jawab dalam masa 1 minit. Eh, 30 saat. Eh, tak tak, 3 saat cukup.

1...
2...
3...
Tut...

Masa menjawab sudah tamat. Sila kembalikan otak anda pada kedudukan asal. Tak usah pusing-pusing lagi.

Dah?
Otak dah okay balik?
Kalau tak okay cakap.
Bagus. 

Okay, bila anda terlihat atau terdengar perkataan keramat ini (keramat ke?) majoriti anda akan terbayang cikgunya, kawannya, puteranya, puterinya, kerja sekolahnya yang tak siap (ldah asyik bertangguh, mana nak siap!), keceriaannya yang tak siap lagi, sampahnya yang jadi hiasan kat lantai, langsirnya yang terburai-burai macam scallop tapi tak jadi, kebisingan kelasnya yang mencapai tahap 20 000 hertz dan macam-macam lagi.

Mungkin, ada juga otak nakal yang terfikir betapa lecehnya, mengantuknya, penatnya, letihnya, tersengguk-sengguknya, bosannya, berada di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar. Ini memang perkara yang nampak macam biasa bagi kita. Tapi sebenarnya, ia sangat sangat sangat, luar biasa. Luar biasa yang lebih luar daripada luar biasa yang biasa kita sebut.

Tapi kita kena ingat, mesti ingat dan set dalam mind, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. 
Betulkan niat kita sebelum pergi ke sekolah. Niatkan kita belajar kerana Allah dan sentiasa berazam untuk bantu umat Islam yang semakin dintindas di dunia. Tanamkan dan jaga niat baik kita tu elok-elok dan suburkan ia setiap pagi.  Jadikan hari ni lebih baik dari semalam supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang celaka dan dicelakai.

Jaga adab kita walau dekat mana kita berada. Berapa langkah pun yang kita aturkan pun jangan lupa yang kita masih seorang Islam. Lebih-lebih lagi bila ada dalam kelas, jaga adab elok-elok dalam semua perkara. Dalam tu ada dua jantina yang berbeza. Bercakap, berjalan, belajar, berbincang, bertugas dan macam-macam hal lagi.

Dalam kelas, kita belajar secara formal. Belajar untuk menjadi orang yang berguna di masa hadapan.

 Ambil input daripada apa yang cikgu sampaikan. Jangan buatkan kita menyesal pada masa depan kelak. Pandang, dengar, hayati dan cuba gambarkan. Jangan peduli apa yang rakan anda ingin sampaikan pada detik itu. Latih diri untuk mencatit perkara penting yang disampaikan guru. Sediakan satu buku nota khas supaya senang dirujuk. Jika mengantuk, segera ingat niat kita atau mungkin anda boleh minta kawan cubitkan, minum air kosong atau tampar-tamparlah diri-sendiri walaupun nampak macam pelik. Biarkan yang pelik itu, siapa tahu yang pelik itu boleh bertukar kepada kecemerlangan satu hari nanti?

Apa-apa pun, jangan syok sendiri syahid dalam kelas. Siap berdengkur lagi. Buat irama apa pun tak tahu lah.

Ingat, kelas tempat kita menuntut ilmu! Pastikan tiada sampah serta cebisan kertas yang sedang kembang hidung bangga menjadi hiasan lantai. Patuhi jadual tugasan. Penat orang yang buat jadual tu. Dia buat cantik-cantik, kita buat-buat buta pula. Hargai dan tunaikanlah amanah anda. Amanah perkara yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. 

Jangan pernah tak ambil tahu subjek subjek yang ringan. Setiap subjek yang kita belajar pasti ada perkara yang kita perlu tahu. Kalau tak, buat apa kerajaan susah susah nak masukkan dalam silibus? Kan, kan, kan?

 Ilmu yang sedikit boleh memberi kejayaan yang sangat besar sekiranya seseorang itu bijak memanfaatkannya.

p/s: lihat apa yang diajar, bukan siapa yang mengajar!

No comments:

Post a Comment