powered by: madihah adnan.azrin syahida.nur aimi.nik ainaa syakirah.siti hanisah

Saturday, October 2, 2010

Jom Solat!


"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103) 


Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

Solat adalah tanda kesyukuran.

Ibadat solat menghapuskan dosa.

Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Solat dapat menenteramkan jiwa.


No comments:

Post a Comment